Saturday, 13 September 2008

Pengembaraan Pacuan 4 Roda Ke Ulu Tutong, Binutan

Hari Ahad, 24 Ogos 2008. Serombongan anak-anak muda daripada kampung membuat sebuah pengembraan ke Binutan, Ulu Tutong.

Perjalanan mengambil masa kurang lebih 2 jam. Keadaan jalan tidaklah teruk sangat, ada jugalah lumpur di beberapa tempat. Ini lah peluang menggunakan pacuan 4 roda!

Sa'at-sa'at yang menarik ialah apabila kereta mereka "tersangkut" di dalam lumpur, dan adegan bertarik-bertunda-ber"winch" berlalu.


Di dalam rombongan ialah sebuah Suzuki jeep, sebuah Ford Ranger, sebuah Nissan Patrol, sebuah Toyota 4-Runner, sebuah Daihatsu Rocky dan sebuah Kia Rocsta. Di Bintuan mereka memancing, dan beroleh 15 ekor ikan..sambil santai dan BBQ.

Perjalanan balik dibasahi hujan, kali ini mengambil masa lebih daripada 3 jam.


Rancangan selanjutnya mungkin pada 1/11...ada mau "join"??

No comments: